Assalamualaikum,
Somebody ask me to find and understand what is meaning of "Suci Dalam Debu" songs.
Saya tak tahu maksud lagu tu. Pada mulanya saya hanya dengar dan nyanyi lagu tu tanpa memahami makna lagu tersebut. Bile ada seorang hamba Allah ni tampil kehadapan dan tanya pada saya apa maksud lagu tu. Dia kata maksud lagu ni amatlah mendalam sehingga mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja yang mendengar dan faham maksudnya. Saya mula tertanya-tanya apa maksudnya. Tetapi saya hanya biarkan pertanyaan tersebut tergantung macam tu je tanpa mencari jawapannya.
Apabila saya kerap dengar dan nyanyi lagu "Suci Dalam Debu" ni. Tiba-tiba saya terdetik nak tahu apa maksud lagu ni. Sebab saya amat meminati lagu ni. Saya mula dengar lagu ni semasa saya darjah dua lagi. Sekarang saya dah berumur 19 tahun. Yang memperkenalkan lagu ni pada saya ialah rakan rapat sekolah rendah saya semasa saya darjah dua, NUR NAZLIA namanya. Lagu ni dihadiahkan kepada saya sebelum die sekeluarga pindah ke tempat lain. Dia sempat menyanyikan lagu tu untuk saya sebelum dia pergi. Memang agak sebak sikit masa tu. Dia juga mengalirkan air mata semasa menyanyikan lagu tu. Apatah lagi saya yang melihat dan mendengar dia nyanyi. Saya amat merindui diri dia. Dialah kawan yang paling terbaik yang pernah saya ada. Rasa sedih pula tiba-tiba.
Berbalik pada topik tadi. Saya dah search internet maksud lagu ni. Dan saya jumpa jawapan pada pertanyaan saya tu. Saya cuba memahami maksudnya dan dengar semula lagu tu. Akhirnya saya faham. Lagu ni menampilkan unsur-unsur tasauf atau sufisme yang dikenali sebagai ketuhanan. Saya ingat lagu ni macam lagu kisah percintaan antara dua jantina manusia. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Ianya berkaitan dengan kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dengan pencinpta-Nya. Pencipta lagu ni hanya mengambil masa 30 minit untuk mencipta lagu "Suci Dalam Debu" hanya berdasarkan pengalaman dan pemahamannya dalam ilmu tasauf yang beliau pelajari. Memang hebat pencipta lagu ni.
Lirik Suci Dalam Debu by Iklim
Engkau bagai air yang jernih
Didalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Cinta bukan hanya dimata
Cinta hadir didalam jiwa
Biarlah salah dimata meraka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Disitu kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan ku renang jua
~ Makna Lagu Ini ~
Sesungguhnya Dialah Allah swt bersifat Maha Suci. Terlindungnya Dia itu di dalam hati manusia.
Sifatnya manusia itu adalah kotor iaitu penuh dengan hawa nafsu. Namun, disebalik kekotoran
itulah, adanya kesucian. Allah swt itu ada di dalam hati nurani manusia.
Cinta pemilik sifat itu hadirnya di dalam jiwa manusia. Disitulah tempat mainanNya, kerana hati
orang-orang yang beriman itu adalah rumahNya. Biarlah mereka terus menyalahkan hakikat cinta ini. Biarpun jelas kelihatan perbezaan antara keduanya.
Walaupun si hamba itu dipandang hina pada penglihatan manusia. Namun hanya Allah yang tahu bagaimana dan seperti apakah cinta hamba itu kepadaNya.
Yang sesat tidak akan terus-terusan dalam kesesatan. HidayahNya pasti datang. Apabila Dia memperlihatkan dzatnya kepada hamba yang dikehendaki. Maka terpancarlah hakikat sebenar diri. Hilanglah debu (nafsu), bergantilah dengan 'AKU''.
Ini bukanlah dunia khayalan. Bahkan inilah alam sebenar-benar alam. Tanpa 'alam' ini tiadalah alam dunia pentas lakonan manusia. Inilah hakikat kejadian dunia.
Demi cinta pada Yang Khaliq. Segala dugaan dan ujian umpama serpihan dari cintaNya kepada hambaNya. "Pasti akan ku renang lautan api demi Tuhanku... La'ilahaillallah"
Wallahua'lam
Cuba anda fahami semasa mendengar lagu ini. Pasti air mata anda akan menitis apabile membayangkan kebesaran Allah swt.
Semoga hati kita seperti hati yang bersih tanpa kekotoran. Lindungilah hati kita. Tempatkanlah Allah swt di dalam hati kita setinggi tinggi yang boleh.
Bertafakurlah seketika.
Renung-renungkan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment