Wednesday, May 28, 2014

Maksud Lirik Lagu 'Pretty Boy by M2M'

Assalamualaikum and Hi sume !

Kali ni sya nak share dengan anda sume maksud lirik lagu 'Pretty Boy'. Korang tau tak maksud lirik lagu tu ape?? Of course la korang tau kan. Tapi maksud lagu tu bergantung pada pendapat korang sendiri. Bagi sya lak maksud lagu tu sangat sangat la mendalam. And sya update blog kali ni memang khas untuk seseorang yang sya anggap die tu special dalam hidop sya. Lagu 'Pretty Boy' sya tujukan untuk die. Ni la isi hati sya pade die. Panjang lak sya merepek ni. Ok la. Kepade yang tak pernah dengar lagi lagu ni. Sya shared video clip lagu ni ye.


                      



Lirik Lagu

I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

I used to write your name
And put it in a frame
And sometimes I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

#Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

Oh pretty boy
Say you love me too
repeat #



Sunday, May 4, 2014

Pemilihan Pasangan Hidup Penentu Generasi Cemerlang



Islam amat mengambil berat dlm soal memilih pasangan hidup kerana mereka bakal dipertanggungjawabkan utuk membentuk keluarga yg benar-benar beriman kpd Allah SWT. Keluarga yg beriman pula adalah menjadi asas kpd lahirnya generasi yg bakal mewarisi kecemerlangan umat manusia pd hari ini.

Asas dlm memilih pasangan hidup telah diperjelaskan dlm sebuah hadis Rasulullah s.a.w drpd Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;
"Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara, harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dlm pemilihanmu itu) wanita yg kuat beragama, nescaya sejahteralah hidupmu".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah difahami bahawa Islam telah memberikan beberapa panduan dan saranan dlm memilih pasangan hidup yg dapat menjamin kesejahteraan diri dan juga keluarga. Perkara paling penting yg disarankan ialah memilih pasangan yg sentiasa berpegang kpd ajaran agama serta berakhlak dgn akhlak yg mulia. Dlm sebuah hadis yg lain iaitu daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud:
"Apabila seseorang yg baik agama dan akhlaknya meminang anakmu, maka terimalah ia, jika kamu menolaknya, maka tunggulah saat berlakunya fitnah dan kerosakan yg besar".
(Riwayat at-Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w telah menganjurkan kpd umatnya agar mendahulukan aspek agama dalam soal memilih pasangan hidup. Ini kerana agama memainkan peranan yg amat penting dlm membentuk institusi kekeluargaan dan seterusnya akan melahirkan generasi yg cemerlang jasmani dan rohaninya. Sememangnya tidak dpt dinafikan bahawa harta kekayaan, keturunan yg baik dan kecantikan paras rupa merupakan perkara yg dpt memenuhi tuntutan naluri dan keinginan manusia, tetapi hakikatnya perkara-perkara ini belum tentu dapat menjamin kesejahteraan hidup di dunia, apatah lagi kehidupan di akhirat. Maka jelaslah bahawa agama merupakan perkara yg paling utama dlm memilih pasangan hidup.

Terdpt beberapa perkara lagi yg menjadi panduan dan saranan ketika memilih pasangan hidup, antaranya; kita disarankan agar memilih pasangan hidup yg tiada hubungan kekeluargaan atau drpd kalangan kaum kerabat yg jauh dan juga memilih pasangan yg mempunyai latar belakang keturunan yg ramai. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :
"Kahwinilah perempuan-perempuan yg mempunyai ramai anak kerana sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai".
(Riwayat Abu Daud dan Nasa'ie)

Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang umatnya memilih pasangan hidup dr kalangan mereka yg dianggap muda, cantik dan menawan. Sebagaimana yg disabdakan oleh Nabi s.a.w kpd Jabir bin Abdullah yg ingin mengahwini janda yg bermaksud;
"Alangkah baiknya jika kamu mengahwini anak dara yg boleh saling bergurau senda dgn lebih mesra".

Ini kerana fitrah manusia sememangnya suka kpd kecantikan dan harta benda. Bahkan tidak dinafikan juga bahawa harta benda merupakan antara keperluan masa kini yg dpt membantu setiap pasangan utk mencapai kebahagiaan di dlm hidup. Tetapi haruslah diingat bahawa segala-galanya tidak akan memberikan sebarang makna sehinggalah aspek agama diberikan keutamaan. Demikianlah beberapa panduan dan saranan yg diberikan kpd umat Islam khasnya dlm memilih pasangan hidup.

Perkahwinan yg dibina di atas dasar agama akan dpt mengelakkan berlakunya kerosakan dlm institusi kekeluargaan. Dlm erti kata yg lain, ia akan dpt mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti perebutan harta pusaka, pertelingkahan anak dgn ibubapa, perceraian suami isteri dan lain-lain lagi. Keadaan seperti ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kpd cara hidup generasi yg bakal mewarisi kita pd masa yg akan datang.

Tujuan memilih pasangan hidup bukanlah sekadar hanya utk memenuhi tuntutan naluri dan keinginan utk berumah tangga sahaja, tetapi apa yg lebih penting ialah ianya amat berkait rapat dgn pembinaan generasi insan drpd zuriat yg dikurniakan oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, kesemua panduan dan saranan yg telah diberikan ini tidak lain dan tidak bukan adalah utk memastikan keturunan yg dilahirkan nanti akan mndpt perlindungan dan penjagaan yg sempurna sehingga mereka mampu menjadi insan yg cemerlang jasmani dan rohaninya.

Firman Allah SWT dlm surah an-Nisa' ayat 1;
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kpd Tuhan kamu yg telah menjadikan kamu (bermula) dr diri yg satu (Adam), dan yg menjadikan drpd (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yg membiakkan dr keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yg ramai, dan bertaqwalah kpd Allah yg kamu selalu meminta dgn menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".

Oleh kerana ibubapa menjadi asas dlm menentukan nilai akhlak dan kecemerlangan anak-anak, maka sudah semestinya mereka perlu membuat persiapan yg secukupnya, demi utk menunaikan tanggungjawab besar yg diamanahkan oleh Allah SWT ini. Antara persiapan yg diperlukan adalah ;

Pertama : Memperdalami ilmu-ilmu yg dpt memperkukuhkan keimanan kpd Allah SWT. Ilmu agama amat penting utk dipelajari, dihayati dan diamalkan oleh setiap insan. Ini kerana agama merupakan benteng yg paling kukuh dlm mengharungi cabaran kehidupan. Dgn pengetahuan agama juga, ibubapa akan dpt menerapkan nilai akhlak yg tinggi kpd anak-anak dan menjadikan mereka generasi yg cemerlang sahsiah dan keperibadiannya.

Kedua : Mempelajari ilmu-ilmu yg berkaitan keibubapaan. Kita mestilah menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab ibubapa dlm membesarkan anak-anak merupakan cabaran yg sangat berat; yg akan menentukan baik atau buruknya masa depan mereka. Justeru, sebelum menyahut cabaran memikul amanah Allah SWT ini, setiap pasangan suami isteri seharusnya telah mempersiapkan diri mereka dgn ilmu pendidikan anak-anak. Ilmu-ilmu sebegini akan dpt membantu dlm memastikan anak-anak yg dilahirkan menjadi insan yg benar-benar cemerlang.

Ketiga : Pasangan suami isteri juga perlu peka dan mengambil berat mengenai perkembangan dunia masa kini sama ada melalui pembacaan, pengamatan dan lain-lain lagi. Kepekaan terhadap perkembangan sains dan teknologi yg semakin canggih pd hari ini akan membolehkan mereka melakukan pengawalan terhadap anak-anak dgn cara yg lebih berkesan.

Firman Allah SWT dlm surah al-Kahfi ayat 46;
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yg kekal faedahnya itu lebih baik pd sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yg memberi harapan".

Justeru, pemilihan pasangan ini haruslah berpandukan kpd saranan-saranan agama sebagaimana yg berikut;
1. Memilih pasangan hidup yg benar-benar beriman dan baik akhlaknya.
2. Memilih pasangan hidup yg tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yg dekat.
3. Memilih pasangan dr keturunan yg baik-baik dan berketurunan ramai.
4. Bahkan bagi mereka yg ingin berpoligami juga hendaklah memilih pasangan hidupnya sepertimana saranan-saranan yg telah disebutkan.

Mudah-mudahan dgn pemilihan pasangan hidup yg betul dan memenuhi ciri-ciri yg disarankan oleh Islam akan memberikan kebahagiaan dlm hidup, dan seterusnya dpt pula melahirkan generasi anak-anak cemerlang yg dapat berbakti kpd agama, bangsa dan negara.

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar".
(Al-Anfal : 28)

Thursday, October 3, 2013

Pergi Selamanya...

Hey sume??

Kebelakangan ni macam2 berlaku dalam hidop sya. Lebih2 lagi bile sya dapat tahu yg member rapat sya, yg same kolej and same course da meninggal dunie pd 1 Oktober 2013 kul 3pg. Memang tersentap sya bile terime berite pg2 bute macam tu. Shock. Tak tau nak kate ape. Macam tak percaye pon ade. Sya teros call member sya yang lain untuk confirm kn betol ke tak berite tu. Bukannye ape. Hari rabu sebelom die meninggal tu, sya ade jumpe die. Die nampak sihat je. Bergelak ketawa mase event kat kolej.

Lepas tu, tibe2 je tahu die da meninggal. Memang tak dijangke die akan pergi secepat tu. Betol la ape yang member2 sya cakap. Allah lebih sayangkan die. Sebab tu Allah panggil die awal. Dalam usia 19 taon, die da pergi dari dunie ni. Die ialah seorang kawan yang suke tolong kawan2 lain yang dalam kesusahan. Die gak Seorang manusie yang sangat baik pada anggapan sya. Sya ingat lagi mase lepas habis class and nak balik, die selalu pesan kat sya bawak kereta elok2. Jangan bawak laju2 nanti excident lagi kang. Die selalu kate macam tu. Selain tu, kiteorang selalu same2 pergi makan bakso kat Segambut. Die suke makan pentol daging. Tapi bile die makan banyak2 pentol tu, mesti die akan sakit kepale. Kerap sangat macam tu. Tapi nak buat macam mane die suke sangat. Hehehe. Die gak suke sangat berleter, bagi ceramah, bagi nasihat sampai sya rase nak selotape je mulot die. Hehehe. Memang banyak sangat kenangan bersame dengan die. Sya tak akan lupekan sume tu. Sya akan ingat memory tu sampai bile2. 

Die meninggal mase on the way nak balik umah die kat Terengganu. Die excident sebab terlanggar lori kat Bentong. Yang drive kereta tu abang die. Die balik dengan family abang die sekali. Mase tu abang nak memotong kenderaan depan tu. Tak tahu la macam mane boleh excident. Family abang die and abang die cume cedera ringan je. Die je yang meninggal betol2 kat tempat kejadian tu. Tak sempat nak buat ape2. Mungkin tu dah ajal die. Kite tak boleh nak salahkan takdir. Dah memang tertulis. 

Sedih sangat. Tak sangke sya cume dapat berkawan dengan die selame setahun due bulan je. Lepas tu, die da takde. Hurmm. Kepade arwah Syahirah Asyrah, Aisya sayang sangat kat asyrah. Aisya akan ingat sume kenangan kite bersame. Aisya tak akan lupekan asyrah sampai bile2. Semoge asyrah tenang kat alam sane. Nanti kite akan jumpe gak. Insyaallah.
                                                          

Thursday, August 29, 2013

Something special. It will change my life.


Assalamualaikum,

Somebody ask me to find and understand what is meaning of "Suci Dalam Debu" songs. 
Saya tak tahu maksud lagu tu. Pada mulanya saya hanya dengar dan nyanyi lagu tu tanpa memahami makna lagu tersebut. Bile ada seorang hamba Allah ni tampil kehadapan dan tanya pada saya apa maksud lagu tu. Dia kata maksud lagu ni amatlah mendalam sehingga mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja yang  mendengar dan faham maksudnya. Saya mula tertanya-tanya apa maksudnya. Tetapi saya hanya biarkan pertanyaan tersebut tergantung macam tu je tanpa mencari jawapannya. 

Apabila saya kerap dengar dan nyanyi lagu "Suci Dalam Debu" ni. Tiba-tiba saya terdetik nak tahu apa maksud lagu ni. Sebab saya amat meminati lagu ni. Saya mula dengar lagu ni semasa saya darjah dua lagi. Sekarang saya dah berumur 19 tahun. Yang memperkenalkan lagu ni pada saya ialah rakan rapat sekolah rendah saya semasa saya darjah dua, NUR NAZLIA namanya. Lagu ni dihadiahkan kepada saya sebelum die sekeluarga pindah ke tempat lain. Dia sempat menyanyikan lagu tu untuk saya sebelum dia pergi. Memang agak sebak sikit masa tu. Dia juga mengalirkan air mata semasa menyanyikan lagu tu. Apatah lagi saya yang melihat dan mendengar dia nyanyi. Saya amat merindui diri dia. Dialah kawan yang paling terbaik yang pernah saya ada. Rasa sedih pula tiba-tiba.

Berbalik pada topik tadi. Saya dah search internet maksud lagu ni. Dan saya jumpa jawapan pada pertanyaan saya tu. Saya cuba memahami maksudnya dan dengar semula lagu tu. Akhirnya saya faham. Lagu ni menampilkan unsur-unsur tasauf atau sufisme yang dikenali sebagai ketuhanan. Saya ingat lagu ni macam lagu kisah percintaan antara dua jantina manusia. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Ianya berkaitan dengan kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dengan pencinpta-Nya. Pencipta lagu ni hanya mengambil masa 30 minit untuk mencipta lagu "Suci Dalam Debu" hanya berdasarkan pengalaman dan pemahamannya dalam ilmu tasauf yang beliau pelajari. Memang hebat pencipta lagu ni.

Lirik Suci Dalam Debu by Iklim

Engkau bagai air yang jernih
Didalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya dimata
Cinta hadir didalam jiwa
Biarlah salah dimata meraka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina 
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Disitu kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi

Pasti akan ku renang jua

~ Makna Lagu Ini ~

Sesungguhnya Dialah Allah swt bersifat Maha Suci. Terlindungnya Dia itu di dalam hati manusia.
Sifatnya manusia itu adalah kotor iaitu penuh dengan hawa nafsu. Namun, disebalik kekotoran 
itulah, adanya kesucian. Allah swt itu ada di dalam hati nurani manusia.

Cinta pemilik sifat itu hadirnya di dalam jiwa manusia. Disitulah tempat mainanNya, kerana hati 
orang-orang yang beriman itu adalah rumahNya. Biarlah mereka terus menyalahkan hakikat cinta ini. Biarpun jelas kelihatan perbezaan antara keduanya.

Walaupun si hamba itu dipandang hina pada penglihatan manusia. Namun hanya Allah yang tahu bagaimana dan seperti apakah cinta hamba itu kepadaNya.

Yang sesat tidak akan terus-terusan dalam kesesatan. HidayahNya pasti datang. Apabila Dia memperlihatkan dzatnya kepada hamba yang dikehendaki. Maka terpancarlah hakikat sebenar diri. Hilanglah debu (nafsu), bergantilah dengan 'AKU''.

Ini bukanlah dunia khayalan. Bahkan inilah alam sebenar-benar alam. Tanpa 'alam' ini tiadalah alam dunia pentas lakonan manusia. Inilah hakikat kejadian dunia.

Demi cinta pada Yang Khaliq. Segala dugaan dan ujian umpama serpihan dari cintaNya kepada hambaNya. "Pasti akan ku renang lautan api demi Tuhanku... La'ilahaillallah"

Wallahua'lam

Cuba anda fahami semasa mendengar lagu ini. Pasti air mata anda akan menitis apabile membayangkan kebesaran Allah swt.

Semoga hati kita seperti hati yang bersih tanpa kekotoran. Lindungilah hati kita. Tempatkanlah Allah swt di dalam hati kita setinggi tinggi yang boleh.
Bertafakurlah seketika.
Renung-renungkan selamat beramal.

Wednesday, April 24, 2013

Luahan Seorang Gadis Terhadap Cintanya


Cinta,
Cinta itu memang indah,
Tapi hanya pada permulaan saja,
Pada akhirnya ia amat menyakitkan,
Dan menyedihkan apabila ditinggalkan.

Cinta,
Ia bermula dimata yang melihat,
Dan turun ke hati apabila tersentuh,
Tetapi apabila hati disakiti,
Ia mula bertukar menjadi kecewa.

Cinta,
Adakalanya ia membuat kita gembira,
Dan adakalanya ia membuat kita sedih,
Tetapi bagiku cintu itu anugerah daripada Yang Maha Kuasa,
Dan ia sangat suci yang ikhlas dari hati.

Cinta,
Setiap orang pernah alaminya,
Begitu juga aku,
Aku pernah alaminya,
Dan disebabkan cinta aku jadi begini.

Pada saat ini aku sangat berharap,
Agar aku menjadi sebahagian dari hidupnya,
Aku ingin dia berada disampingku untuk selamanya,
Aku akan menantimu sayang.


Nukilan daripada Aisya

DuGaan

Dah due hari sya sakit. Semalam pening and muntah2. Pagi tadi tak boleh nak gerak badan. Selera makan pon tak ade. Hahhh!! Teroknye rase. Disebabkan ade masalah la sya jadi macam ni. Hurmm.

Nape boleh jadi macam ni??? Lain yang sya harapkan, lain lak yang jadi. Rase tersekse hati sya. 

Tapi pade mase yang same sya kena terime semue ni. Sya tak boleh cepat melatah dengan semua yang terjadi sekarang ni. Sya kena kuat. Hidop mesti diteruskan. Tak ade sesiape yang akan tolong sya bangkit kecuali allah s.w.t. Sya kena bangkit untuk move on my life. And do not give up even though my heart hurt.

 

Thursday, April 18, 2013

I'm DreaMing

Mimpi?
Korg sume pernah mimpi tak???
Mesti korg pernah kn???
Tipu la tak pernah. -.-'

Ni yg sya nak cite ni. Semalam sya mimpi. Mimpi tu menyeramkan sya. Ia ade kaitan dgn orang yg sya sayang. Hehehehe. Kisahnye begini....

Sya bercinte dgn Az (name samaran kumbang hati sya. huhu) Sya dgn Az saling menyayangi sangat2 sampai rancang future life kiteorang.

Satu hari Sya dgn Az bergadoh sebab berselisihan faham (biase la gadoh orang bercinte). Lame gak la sya bergadoh dgn Az dalam lime enam hari macam tu. Mase tu Sya langsung tak contact Az. Az pon tak contact2 Sya gak.

Lepas beberape hari... Tup tup je Az dah kawin dgn housemate sya, Shera (name samaran je. tak boleh name betol2. nanti ade orang terase lak. sebabnye in real life Sya, die tu kawan Sya sekarang ni. sebab tu la tak boleh bagi tahu name betolnye). Ape lagi terkejut tahap dewa la Sya plus lak dgn marah and perasaan yang tak dapat terime hakikat yang Az dah kawin dgn housemate Sya (mane tak nye tahu2 je die dah kawin dgn Shera. tak ke rase merane tu. hurmmm).

Tambah lak dieorang stay sekali dgn Sya and ade la satu due orang housemate yang lain. Mase tu Sya rase nak luahkan je ape yang Sya rase. Sakitnye la hati cume Allah je yang tahu ape yang Sya rase. Dah la selalu jumpe muke Az je. Rase nak sound die pon ade.

Then Sya teros terjage dari mimpi. Tu pon sebab ayah kejutkan. Hehehe.

Sebenarnye semalam Sya marah kat Az sebab tutttt (private). Sampai tak contact Az langsong. And pade mase yang same Sya miss him very much. Sampai terbawa bawa ke mimpi. Sebab tu la terjadinye mimpi ni. Harap2 tak jadi kenyataan la mimpi ni. Seram kot. Hurmmm. ~.~