Wednesday, May 28, 2014

Maksud Lirik Lagu 'Pretty Boy by M2M'

Assalamualaikum and Hi sume !

Kali ni sya nak share dengan anda sume maksud lirik lagu 'Pretty Boy'. Korang tau tak maksud lirik lagu tu ape?? Of course la korang tau kan. Tapi maksud lagu tu bergantung pada pendapat korang sendiri. Bagi sya lak maksud lagu tu sangat sangat la mendalam. And sya update blog kali ni memang khas untuk seseorang yang sya anggap die tu special dalam hidop sya. Lagu 'Pretty Boy' sya tujukan untuk die. Ni la isi hati sya pade die. Panjang lak sya merepek ni. Ok la. Kepade yang tak pernah dengar lagi lagu ni. Sya shared video clip lagu ni ye.


                      



Lirik Lagu

I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

I used to write your name
And put it in a frame
And sometimes I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

#Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

Oh pretty boy
Say you love me too
repeat #



Sunday, May 4, 2014

Pemilihan Pasangan Hidup Penentu Generasi Cemerlang



Islam amat mengambil berat dlm soal memilih pasangan hidup kerana mereka bakal dipertanggungjawabkan utuk membentuk keluarga yg benar-benar beriman kpd Allah SWT. Keluarga yg beriman pula adalah menjadi asas kpd lahirnya generasi yg bakal mewarisi kecemerlangan umat manusia pd hari ini.

Asas dlm memilih pasangan hidup telah diperjelaskan dlm sebuah hadis Rasulullah s.a.w drpd Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;
"Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara, harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dlm pemilihanmu itu) wanita yg kuat beragama, nescaya sejahteralah hidupmu".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah difahami bahawa Islam telah memberikan beberapa panduan dan saranan dlm memilih pasangan hidup yg dapat menjamin kesejahteraan diri dan juga keluarga. Perkara paling penting yg disarankan ialah memilih pasangan yg sentiasa berpegang kpd ajaran agama serta berakhlak dgn akhlak yg mulia. Dlm sebuah hadis yg lain iaitu daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud:
"Apabila seseorang yg baik agama dan akhlaknya meminang anakmu, maka terimalah ia, jika kamu menolaknya, maka tunggulah saat berlakunya fitnah dan kerosakan yg besar".
(Riwayat at-Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w telah menganjurkan kpd umatnya agar mendahulukan aspek agama dalam soal memilih pasangan hidup. Ini kerana agama memainkan peranan yg amat penting dlm membentuk institusi kekeluargaan dan seterusnya akan melahirkan generasi yg cemerlang jasmani dan rohaninya. Sememangnya tidak dpt dinafikan bahawa harta kekayaan, keturunan yg baik dan kecantikan paras rupa merupakan perkara yg dpt memenuhi tuntutan naluri dan keinginan manusia, tetapi hakikatnya perkara-perkara ini belum tentu dapat menjamin kesejahteraan hidup di dunia, apatah lagi kehidupan di akhirat. Maka jelaslah bahawa agama merupakan perkara yg paling utama dlm memilih pasangan hidup.

Terdpt beberapa perkara lagi yg menjadi panduan dan saranan ketika memilih pasangan hidup, antaranya; kita disarankan agar memilih pasangan hidup yg tiada hubungan kekeluargaan atau drpd kalangan kaum kerabat yg jauh dan juga memilih pasangan yg mempunyai latar belakang keturunan yg ramai. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :
"Kahwinilah perempuan-perempuan yg mempunyai ramai anak kerana sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai".
(Riwayat Abu Daud dan Nasa'ie)

Sebenarnya Islam tidak pernah menghalang umatnya memilih pasangan hidup dr kalangan mereka yg dianggap muda, cantik dan menawan. Sebagaimana yg disabdakan oleh Nabi s.a.w kpd Jabir bin Abdullah yg ingin mengahwini janda yg bermaksud;
"Alangkah baiknya jika kamu mengahwini anak dara yg boleh saling bergurau senda dgn lebih mesra".

Ini kerana fitrah manusia sememangnya suka kpd kecantikan dan harta benda. Bahkan tidak dinafikan juga bahawa harta benda merupakan antara keperluan masa kini yg dpt membantu setiap pasangan utk mencapai kebahagiaan di dlm hidup. Tetapi haruslah diingat bahawa segala-galanya tidak akan memberikan sebarang makna sehinggalah aspek agama diberikan keutamaan. Demikianlah beberapa panduan dan saranan yg diberikan kpd umat Islam khasnya dlm memilih pasangan hidup.

Perkahwinan yg dibina di atas dasar agama akan dpt mengelakkan berlakunya kerosakan dlm institusi kekeluargaan. Dlm erti kata yg lain, ia akan dpt mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti perebutan harta pusaka, pertelingkahan anak dgn ibubapa, perceraian suami isteri dan lain-lain lagi. Keadaan seperti ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kpd cara hidup generasi yg bakal mewarisi kita pd masa yg akan datang.

Tujuan memilih pasangan hidup bukanlah sekadar hanya utk memenuhi tuntutan naluri dan keinginan utk berumah tangga sahaja, tetapi apa yg lebih penting ialah ianya amat berkait rapat dgn pembinaan generasi insan drpd zuriat yg dikurniakan oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, kesemua panduan dan saranan yg telah diberikan ini tidak lain dan tidak bukan adalah utk memastikan keturunan yg dilahirkan nanti akan mndpt perlindungan dan penjagaan yg sempurna sehingga mereka mampu menjadi insan yg cemerlang jasmani dan rohaninya.

Firman Allah SWT dlm surah an-Nisa' ayat 1;
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kpd Tuhan kamu yg telah menjadikan kamu (bermula) dr diri yg satu (Adam), dan yg menjadikan drpd (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yg membiakkan dr keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yg ramai, dan bertaqwalah kpd Allah yg kamu selalu meminta dgn menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".

Oleh kerana ibubapa menjadi asas dlm menentukan nilai akhlak dan kecemerlangan anak-anak, maka sudah semestinya mereka perlu membuat persiapan yg secukupnya, demi utk menunaikan tanggungjawab besar yg diamanahkan oleh Allah SWT ini. Antara persiapan yg diperlukan adalah ;

Pertama : Memperdalami ilmu-ilmu yg dpt memperkukuhkan keimanan kpd Allah SWT. Ilmu agama amat penting utk dipelajari, dihayati dan diamalkan oleh setiap insan. Ini kerana agama merupakan benteng yg paling kukuh dlm mengharungi cabaran kehidupan. Dgn pengetahuan agama juga, ibubapa akan dpt menerapkan nilai akhlak yg tinggi kpd anak-anak dan menjadikan mereka generasi yg cemerlang sahsiah dan keperibadiannya.

Kedua : Mempelajari ilmu-ilmu yg berkaitan keibubapaan. Kita mestilah menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab ibubapa dlm membesarkan anak-anak merupakan cabaran yg sangat berat; yg akan menentukan baik atau buruknya masa depan mereka. Justeru, sebelum menyahut cabaran memikul amanah Allah SWT ini, setiap pasangan suami isteri seharusnya telah mempersiapkan diri mereka dgn ilmu pendidikan anak-anak. Ilmu-ilmu sebegini akan dpt membantu dlm memastikan anak-anak yg dilahirkan menjadi insan yg benar-benar cemerlang.

Ketiga : Pasangan suami isteri juga perlu peka dan mengambil berat mengenai perkembangan dunia masa kini sama ada melalui pembacaan, pengamatan dan lain-lain lagi. Kepekaan terhadap perkembangan sains dan teknologi yg semakin canggih pd hari ini akan membolehkan mereka melakukan pengawalan terhadap anak-anak dgn cara yg lebih berkesan.

Firman Allah SWT dlm surah al-Kahfi ayat 46;
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yg kekal faedahnya itu lebih baik pd sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yg memberi harapan".

Justeru, pemilihan pasangan ini haruslah berpandukan kpd saranan-saranan agama sebagaimana yg berikut;
1. Memilih pasangan hidup yg benar-benar beriman dan baik akhlaknya.
2. Memilih pasangan hidup yg tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yg dekat.
3. Memilih pasangan dr keturunan yg baik-baik dan berketurunan ramai.
4. Bahkan bagi mereka yg ingin berpoligami juga hendaklah memilih pasangan hidupnya sepertimana saranan-saranan yg telah disebutkan.

Mudah-mudahan dgn pemilihan pasangan hidup yg betul dan memenuhi ciri-ciri yg disarankan oleh Islam akan memberikan kebahagiaan dlm hidup, dan seterusnya dpt pula melahirkan generasi anak-anak cemerlang yg dapat berbakti kpd agama, bangsa dan negara.

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar".
(Al-Anfal : 28)